BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 18 November 2009

Pantun Cinta

Tingkap papan kayu bersegi,Sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,Tinggi bangsa kerana bahasa.===========================
Buah berangan masaknya merah,Kelekati dalam perahu;Luka di tangan nampak berdarah,Luka di hati siapa yang tahu.=============================
Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.============================
Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan;Tuan jauh di negeri satu,Hilang di mata di hati jangan.==================================Kalau tuan jalan ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.=========================
Halia ini tanam-tanaman,Ke barat juga akan condongnya;Dunia ini pinjam-pinjaman,Akhirat juga akan sungguhnya.==========================Malam ini merendang jagung,Malam esok merendang serai;Malam ini kita berkampung,Malam esok kita bercerai.

0 komentar: